pendaftaran ahli

pendaftaran ahli

kepada sesiapa yang mencukupi syarat dalam fasal keahlian sila hantar komen dalam bahagian ini. sertakan dengan maklumat berikut:

1. nama penuh
2. no ic baru
3. e-mail
4. alamat
5. no h/p
6. bidang kejuruteraan
7. pekerjaan

ahli jawatankuasa

ahli jawatankuasa terdiri daripada:

presiden
timbalan presiden
setiausaha
bendahari

ajk (10 orang)

keahlian

terbuka kepada semua jurutera islam yang komited dalam menegakkan ISLAM yang syumul

cadangan aktiviti

1. menaja jurutera islam yang berkelayakan untuk menyambung pengajian
2. menyediakan kelas pengajian islam yang khas kepada jurutera
3. mengeluarkan satu panduan lengkap sebagai seorang jurutera islam
4. program kebajikan untuk masyarakat
5. mewujudkan penasihat kepada jurutera islam yang baru menceburi sesuatu bidang
6. mewujudkan database jurutera islam seluruh negara dan kepakaran masing-masing
7. mewujudkan peluang pekerjaan bagi jurutera islam yang baru

objektif penubuhan

1. Mengumpulkan semua jurutera islam dalam satu organisasi.
2. Memantau kehajikan jurutera islam di seluruh negara
3. Membina modul untuk melahirkan jurutera islam yang sempurna

Jurutera Islam

Assalamualaikum.....

Pada pandangan saya satu persatuan Jurutera Islam perlu diwujudkan bagi mengumpulkan jurutera-jurutera Islam. Antara peranan utama persatuan ini adalah untuk mempastikan jurutera-jurutera Islam di seluruh negara bekerja dengan prinsip Islam.

Persatuan ini juga bertindak untuk mempastikan lahirnya jurutera-jurutera yang beriman dan mempunyai tahap profesional yang tinggi dalam kerjaya. Hari ini kita melihat betapa lumpuhnya prinsip dan juga gerak kerja jurutera muslim disebabkan faktor pengaruh tempat kerja yang diketuai oleh non muslim.

Mereka telah hilang identiti sebagai seorang muslim atas dasar menghormati prinsip jurutera non muslim. Maka hilanglah identiti kita jurutera Islam yang menjadi wakil Islam di tempat-tempat kerja. Bahkan seolah-olah kita sudah sama dengan orang non muslim dalam gerak kerja kita padahal kita ada garis panduan daripada al-quran dan as-sunnah.


 

Copyright 2006| Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger Beta by Blogcrowds.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.